Sunday, August 2, 2009

Balik kampung..

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap nak balik kampung. Cuaca sejuk je..maklumlah malam tadi hujan. Aku menyusuri jalan menuju ke Rengit. Ah...banyak kereta pulak pagi minggu ni. Mungkin mereka juga macam aku nak meraikan hari bahagia saudara mereka.
Sebenarnya aku nak balik kampung di Seri Merlong Rengit Batu pahat. Nak meraikan anak saudara aku yang nak kawin pada hari ini 2hb.Ogos 2009. Berkahwin lagi anak saudara aku . Selamat pengantin baru buat anak saudaraku Suzana Bte Iskandar dikampung Parit gantong Seri Merlong Rengit. Juga Bekas pelajarku di Sek. Men. Teknik Batu Pahat. Mengajar di IKBN Pontian.
Mungkin kawan-kawannya ada yang tak tau dan tak sempat dijemput agaknya. Majlis meriah sekali, ramai saudara-saudara yang datang dari seluruh Malaysia termasuk saudara-saudaraku dari sekinchan Selangor.Masing-masing agak keletihan, maklumlah baru balik dari Shah Alam meraikan perkahwinan anak Pak cik saudaraku Datuk Sumadi Bin Hj Ismail pengerusi Sinar Fadilat dan Juta Permai.
Selamat Pengantin Baru Buat anak-anak buahku di Shah Alam dan di Seri Merlong Rengit Batu Pahat, semoga kalian bahagia ke anak cucu. Amin...