Monday, September 7, 2009

Semoga puasa membawa kerahmatan

Assalamualaikum,
Hari raya akan menjelang , kita dah berpuasa selama 17 hari. Alhamdullah kita dapat melaksanakan puasa dengan keberkatan dan kerahmatan oleh Allah . Walau bagaimana susah dan kepayahan melaksanakan puasa , ibadah tetap dilaksanakan terutama bagi insan-insan yang mencari rezeki dengan membanting tulang. Semoga keikhlasan kita melaksanakan puasa akan diberi ganjaran oleh Allah. Banyakkan ibadah , sesungguhnya ibadah tu memberi kerahmatan dan keberkatan kepada kita.
Semoga janji Allah kepada kita yang berpuasa dan beribadat akan diberi ganjaran. Beruntunglah bagi orang-orang yang beriman .Amin....

Sunday, August 2, 2009

Balik kampung..

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap nak balik kampung. Cuaca sejuk je..maklumlah malam tadi hujan. Aku menyusuri jalan menuju ke Rengit. Ah...banyak kereta pulak pagi minggu ni. Mungkin mereka juga macam aku nak meraikan hari bahagia saudara mereka.
Sebenarnya aku nak balik kampung di Seri Merlong Rengit Batu pahat. Nak meraikan anak saudara aku yang nak kawin pada hari ini 2hb.Ogos 2009. Berkahwin lagi anak saudara aku . Selamat pengantin baru buat anak saudaraku Suzana Bte Iskandar dikampung Parit gantong Seri Merlong Rengit. Juga Bekas pelajarku di Sek. Men. Teknik Batu Pahat. Mengajar di IKBN Pontian.
Mungkin kawan-kawannya ada yang tak tau dan tak sempat dijemput agaknya. Majlis meriah sekali, ramai saudara-saudara yang datang dari seluruh Malaysia termasuk saudara-saudaraku dari sekinchan Selangor.Masing-masing agak keletihan, maklumlah baru balik dari Shah Alam meraikan perkahwinan anak Pak cik saudaraku Datuk Sumadi Bin Hj Ismail pengerusi Sinar Fadilat dan Juta Permai.
Selamat Pengantin Baru Buat anak-anak buahku di Shah Alam dan di Seri Merlong Rengit Batu Pahat, semoga kalian bahagia ke anak cucu. Amin...

Monday, June 30, 2008

BUAT DUIT DENGAN BLOG.

Asalamualaikum,

Saya pasti anda telah mendengar tentang blog. Kini amat popular diseluruh dunia. Apa dia blog? Blog adalah singkata dari perkataan web log. Ia adalah seakan-akan journal yang boleh dicapai melalui internet. Ia begitu amat terkenal kerana mudah dicapai.

Tetapi adakah anda tahu bahawa blog mengandungi berbagai pandangan, cerita, berita. topik-topik menarik seperti politik, hobi, tentang makanan, pendidikan dan sebagainya. Ia boleh mengandungi teks, gambar , video, iklan, muzik dan lain-lain.


Blogger ada dua maksud. Pertama sistem yang menerbitkan blog dan yang kedua orang yang memiliki blog.Jika anda telah memiliki blog anda dikenali sebagai blogger. Blog juga boleh digunakan untuk mendapatkan sumber pendapatan.


Akan datang saya akan ceritakan bagaimana nak membina blog dan mendapatkan pendapatan dengan blog. Saya harap anda sentiasa mengunjungi blog saya untuk mendapatkan info terkini.


Sekian jumpa lagi dilain masa. Terima kasih.




Tuesday, May 20, 2008

Sembang-sembang

Asalamualaikum,

Saya baru buat web blog ni untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan rakan-rakan. Saya harap kekawan yang sudi menberi pendapat, bertukar pengetahuan dan idea supaya dapat melayari webblog saya. Terima kasih